• Panggilan Kertas Kerja ke Asian CHI Symposium 2021


Simposium CHI Asia kali ke-5 ini adalah simposium tahunan yang dianjurkan di persidangan CHI untuk mempamerkan karya HCI dan UX terbaru dari Asia dan karya yang memberi tumpuan dalam memasukkan faktor sosio-budaya Asia dalam reka bentuk dan pelaksanaannya. Simposium ini mempromosikan masalah dan pendekatan unik rantau ini kepada masyarakat global.

Kami menggalakkan penyertaan para penyelidik dan pengamal dari komuniti professional dan akademik Asia dalam semua peringkat kerjaya (e.g. para akademik yang berpengalaman, penyelidik muda, pelajar siswazah, bahkan pelajar pra siswazah yang punyai minat dalam HCI) dari komuniti Asia untuk mengambil bahagian dalam program ini. Simposium ini juga bertujuan untuk membina jaringan para penyelidik muda dari calon Sarjana Muda hingga Doktor Falsafah, pelajar yang baru bergraduan dan juga penyelidik pasca siswazah.

Tarikh Penting

Waktu penghantaran untuk semua tarikh akhir adalah 23:59 waktu Jepum (GMT + 09).

Pusingan 1

Tarikh Akhir Penghantaran

28 Januari 2021

Pemberitahuan Desk Reject

4 Februari 2021

Pemberitahuan Penerimaan

9 Mac 2021
Pusingan 2

Tarikh Akhir Penghantaran

25 Februari 2021

Pemberitahuan Desk Reject

4 Mac 2021

Pemberitahuan Penerimaan

9 April 2021

Penyerahan kertas camera-ready Pusingan 1 dan 2

20 April 2021

Simposium CHI Asia

May 7th - 8th, 2021

Tema

Kami menjemput penyerahan kertas kerja simposium mengenai salah satu tema penyelidikan dan/atau sumbangan dalam bidang HCI seperti berikut, tetapi tidak terhad kepada:

  • Sistem interaktif dan reka bentuk dan teknik interaksi baharu;
  • Perkakasan dan perisian baharu yang memungkinkan wujudnya interaksi baru dengan komputer;
  • Sistem input dan output untuk menyokong aktiviti dan ekspresi kreatif;
  • Kajian untuk memahami keupayaan manusia yang berkaitan dengan interaksi dengan komputer;
  • Pengetahuan, amalan, kaedah, komponen, dan alat yang menjadikan teknologi lebih berguna, boleh digunakan, dan diinginkan;
  • Sistem dan perkhidmatan yang menangani isu-isu di Asia; HCI untuk pembangunan atau menangani masalah dominan di Asia;
  • Aplikasi HCI untuk pembelajaran, pendidikan dan keluarga di Asia;
  • Interaksi yang menyeronokkan, pengalaman pemain, dan permainan;
  • HCI untuk pengurusan kesihatan, kesihatan, perubatan;
  • Aplikasi HCI dan UX dalam industri.
  • Aplikasi bidang atau domain khusus yang mempunyai kesan yang besar dalam komuniti, seperti: komuniti terpinggir, kecacatan, pihak berkepentingan bukan manusia, badan amal, orang berpendapatan rendah dan sederhana, dll.

Jenis Penyerahan

Tahun ini, kami mengalu-alukan dua (2) jenis penyerahan:

  • Original Works
  • Showcase

1. Karya Asli

Kategori ini mempamerkan karya terkini yang mengandungi perkara berikut:

  • Sistem dan/atau kajian yang telah siap,
  • Hasil awal daripada lelaran awal reka bentuk, kejuruteraan, atau kajian empirikal, atau
  • Sambungan atau perbincangan mengenai perspektif alternatif karya yang telah diterbitkan sebelumnya.

Untuk penyerahan jenis Karya Asli, penulis boleh memilih untuk menyerahkan karya mereka dalam bentuk:

  • Makalah (antara 5-10 halaman termasuk rujukan dan pengakuan/penghargaan)
  • Poster atau demo (maksimum 4 halaman termasuk rujukan dan pengakuan/penghargaan).

Semua makalah Karya Asli yang diterima akan diterbitkan ke Perpustakaan Digital ACM. Manakala, untuk penyerahan Poster/Demo, para penulis punya pilihan untuk tidak menerbitkan karya mereka ke Perpustakaan Digital ACM.

Semua makalah yang diserahkan akan menjalani proses semakan berwasit secara anonimos. Karya yang dipilih akan diterbikan di Perpustakaan Digital ACM (ISBN: 978-1-4503-8203-8).

Walau bagaimanapun, semua Karya Asli yang diterima, baik dalam bentuk Kertas (penulisn) atau Poster/Demo, akan dibentangkan atau didemo semasa sesi simposium.

2. Pameran

Kategori ini mempamerkan kerja-kerja yang telah diterima untuk dibentangkan sebagai salah satu trek CHI 2021 (seperti yang tersenarai di sini).

Karya jenis ini boleh dihantar selagi mana ianya selari dengan matlamat Simposium CHI Asia dan berpotensi untuk memperluas penyebaran penyelidikan yang berkualiti tinggi yang telah diterbitkan, dan untuk menginspirasikan aplikasi, ulangan, kesinambungan, spin-off dan kerjasama.

Penulis harus menyerahkan versi camera-ready yang telah diterima ke Simposium CHI Asia. Tiada keperluan untuk penulis mengikut format Symposium CHI Asia.

Penyerahan ke Simposium CHI Asia akan diakui dalam Penerbitan Simposium di Perpustakaan Digital ACM dalam bentuk tajuk dan nama penulis dengan penunjuk ke Prosiding CHI 2021 atau Prosiding Lanjutan Abstrak.

Semua penghantaran pameran yang diterima akan dibentangkan semasa Simposium CHI Asia.

Persediaan Penyerahan Anda

Penulis mesti menghantar Karya Asli dalam bentuk makalah (antara 5-10 halaman) atau Poster/Demo (maksimum 4 halaman). Jumlah halaman termasuklah rujukan dan pengakuan/penghargaan. Bahasa yang digunakan mestilah Bahasa Inggeris.

Penyerahan mesti mengikut ACM Master Article Template satu lajur (dalam format Word dan LaTeX). Sila baca dengan teliti dan biasakan dengan maklumat mengenai templat di atas untuk penyerahan atau penerbitan awal. Kegagalan untuk mematuhi templat dalam waktu yang diberikan akan mengakibatkan Desk Rejection, atau pembatalan penerbitan di Perpustakaan Digital ACM.

Kedua-dua penyerahan karya asli dan pameran harus merangkumi rujukan utama ke sumber yang boleh diakses oleh orang ramai. Penulis juga boleh menyerahkan draf poster atau video demo mereka sebagai bahan tambahan. Kedua-dua jenis penyerahan ini tidak boleh dinamakan tanpa nama (anonimos) dan mesti dimuatnaik melalui HotCRP.

Proses Pemilihan

Untuk kategori Karya Asli, setiap penyerahan akan melalui proses wasit dan menerima dua ulasan anonimos di bawah kriteria berikut: Keaslian, Kepentingan dan Kesahan.

Bagi penyerahan di bawah kategori Pameran, setiap penyerahan akan dinilai dengan mempertimbangkan faktor-faktor berikut: jumlah penyerahan karya asli yang diterima, kepelbagaian latar belakang geografi peserta; dan kepelbagaian topik penyelidikan. Keputusan akan dihantar kepada penulis tanpa ulasan atau maklum balas.

Untuk penulis bagi Kary Asli yang diterima secara bersyarat dan memerlukan semakan besar, kami akan menyediakan proses shepherding. Mentor terpilih akan bekerja dengan rapat dengan penulis untuk menambaik kualiti manuskrip pada semasa dan selepas simposium. Hanya penyerahan yang berjaya mengikuti proses shepherding hingga akhir dan dengan persetujuan mentor dalam waktu yang ditetapkan akan ditambah ke Perpustakaan Digital ACM. Penyerahan yang memerlukan semakan kecil atau tiada semakan akan ditambah ke prosiding Perpustakaan Digital ACM selepas tarikh akhir camera-ready dan pengesahan dari Pengerusi Ulasan (Review Chair)

Penyertaan di Simposium

Sekurang-kurangnya seorang penulis bagi setiap penyerahan yang diterima mesti menghadiri simposium untuk membentangkan karya mereka. Tarikh akhir pendaftaran, yuran dan syarat penerimaan (seperti jika peserta bengkel mesti mendaftar untuk satu hari atau lebih dari persidangan utama) akan dimaklumkan kemudian sebelum Mac 2021.

Sebelum simposium, semua penyerahan yang diterima mesti menyediakan 5-minit persembahan video merumuskan kerya mereka dan menyerahkannya kepada HotCRP sekurang-kurangnya lima hari sebelum program. Ini akan dimainkan semasa simposium dan diikuti dengan sesi soal jawab langsung selama 3 minit. Sekurang-kurangnya seorang penulis harus mengikuti simposium secara maya dan menjawab pertanyaan dari para hadirin.

Penulis poster dan demo yang diterima mesti menyerahkan dokumen poster terakhir mereka (PDF) dan fail video demo 5 minit sekurang-kurangnya lima hari sebelum simposium agar dapat dipamerkan pada sesi poster / demo.

Contact Us

general-chair-name

Josh (Adi B. Tedjasaputra)

Customer Experience Insight Pty Ltd

josh@cxinsight.com.au

cfp-contact

Masitah Ghazali

Universiti Teknologi Malaysia

masitah@utm.my

cfp-contact

Sayan Sarcar

University of Tsukuba, Japan

mailtosayan@gmail.com